AMANAT PENGETUA

17 September 2009
Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera
Ramadan telah sampai kepenghujungnya dan Syawal akan menjelang. Semuga bulan Ramadan ini telah membawa keinsafan dan keberkatan dalam menjalani kehidupan seharian.
Sekolah akan bercuti mulai 18 sept – 27Sept. Saya ucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada warga SMKTA. Kepada mereka yang akan balik ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Jaga keselamatan dan kesihatan dan guru-guru tingkatan 5 , jangan lupa menanda kertas peperiksaan percubaan .

1 September 2009 Asalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Guru-guru, staff sokongan dan semua warga SMKTA
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan rasa gembira dan terharu kerana telah dilantik sebagai Pengetua SMKTun Aminah berkuatkuasa mulai 1 hb Ogos 2009. Saya melapor diri pada 17 Ogos 2009. Saya gembira kerana ditempatkan di sekolah perempuan lagi seperti sekolah lama saya ,SMK(P)temenggong Ibrahim. Saya tertarik dengan persekitaran sekolah yang ceria,lanskap yang menarik, suasana yang aman dan selamat. Saya berharap warga SMKTA akan dapat bersama-sama mengekalkan persekitaran ini supaya pelajar dapat menjalani pembelajaran dalam suasana kondusif dan memberangsangkan.

Pada masa ini tingkatan 5 sedang menjalai peperiksaan percubaan SPM dan percubaan PMR telah pun berakhir. Saya berharap pelajar akan terus membuat ulangkaji dan belajar bersungguh-sungguh supaya target sekolah kita tercapai. Kepada guru-guru teruskanlah usaha-usaha murni dalam membimbing pelajar dan saya penuh yakin usaha-usaha yang berterusan ini mampu menaikkan lagi peratus kelulusan dan GPS sekolah kita.
Selamat menjalani ibadat berpuasa, semuga kita semua mendapat keberkatan dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

%d bloggers like this: