PENGENALAN

SEJARAH SMK TUN AMINAH

  Tahun 1967, SMK Tun Aminah menerima kemasukan pelajar perempuan Melayu dalam aliran sastera dari kawasan luar bandar. 1976 jumlah pelajar Melayu semakin berkurangan apabila Kelas Peralihan ditawarkan untuk pelajar Cina.Beberapa program dilaksanakan bagi menambah bilangan pelajar Melayu iaitu: 1987-1989   :  Program Tunas Harapan 1989-1991  :  Program Rancangan Khas 1992-Kini    :  Program Kelas Aliran Agama Pelajar yang dipilih berasal dari luar bandar dalam daerah Bt.Pahat yang mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan UPSR. Bilangan pelajar KAA seramai 42 orang dan ditempatkan dalam 2 kelas dalam sesi pagi

VISI

SMK Tun Aminah Sekolah Gemilang  pada 2010

MISI

  1.Membentuk pelajar yang berilmu, berdikari, berakhlak mulia, berketerampilan dan berkeyakinan.

2.Kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum serta kepimpinan dan pengurusan.

3.Mewujudkan iklim sekolah serta asrama yang gemilang dan mencapai matlamat 3K.

MATLAMAT

Menjadikan SMK Tun Aminah Gemilang Dalam semua bidang pada 2010

PIAGAM PELANGGAN SMK TUN AMINAH

Kami guru-guru dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

1. Membimbing pelajar dalam membentuk sahsiah yang mulia melalui pemujukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni selaras dengan kehendak dan aspirasi negara

2. Mendidik pelajar dalam menghasilkan pelbagai bentuk tenaga manusia yang produktif dan berinovatif ke arah pembangunan negara

3. Mewujudkan iklim sekolah yang bersih dan menarik

4. Membimbing dan mendidik pelajar dalam melahirkan anggota masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang

5 Menggembleng tenaga seluruh anggota masyarakat sekolah sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum untuk menjadikan sekolah ini antara yang terbaik di daerah

6. Bersedia menerima dan melayan anggota masyarakat yang berkaitan dengan sekolah.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: