Posted by: smkta | July 3, 2009

PENGAWAS SMKTA BELAJAR SAMBIL MELAWAT KE KUALA LUMPUR

oleh Toriani Musa

Tepat pukul 4.40 pagi Rabu (1 Julai) yang lalu, dua buah bas yang membawa para pengawas SMKTA dan 7 orang guru disiplin meninggalkan bumi SMKTA ,membelah kedinginan pagi, menuju destinasi; Subang Jaya dan Kuala Lumpur. Lawatan Sambil Belajar ini disertai oleh 80 orang pengawas  tingkatan 2 hingga 5 bagi sesi pagi . Guru yang dipertanggungjawabkan untuk merngiringi para pemimpin pelajar ini pula ialah Puan Adibah (Ketua bas 1) , Pn Norafiza (Ketua bas 2), En. Abid, Pn Hjh Asmah, Pn Toriani, Pn Siti Aslina dan Pn Nurhaliza.   Pada pukul 6.30 pagi, para peserta berhenti di R&R Ayer Keroh untuk berhenti solat Subuh dan bersarapan pula di R&R Seremban.

     Destinasi pertama ialah Kolej Sunway di Subang Jaya. Para pengawas disambut oleh beberapa oran petugas bahagian pemasaran kolej berkenaan. Miss Dot pula memberikan taklimat (dalam bahasa Inggeris) tentang kolej berkenaan menerusi persembahan power pointnya yang sungguh menarik. Para pengawas nyata gembira dan teruja ketika menjawab soalan2 kuiz interaktif yang dikemukakan oleh beliau.  Seterusnya mereka dibawa melawat ke makmal sains, bilik kuliah, galeri seni dan kawasan sekitar kolej tersebut. Suasana mencintai ilmu jelas dapat dilihat  apabila berada di sana. Ke mana-mana dan di mana-mana kelihatan penuntut kolej berkenaan menelaah pelajaran, berbincang, dan melayari internet.

        “Macam berada di luar negara, cikgu,” kata salah seorang pengawas, Farah Hanan apabila ditanya pendapatnya tentang kolej tersebut. 

        Sememangnya kunjungan ke Kolej Sunway memanfaatkan para pengawas terutamanya dari segi maklumat tentang kemasukan ke kolej berkenaan, kemudahan2 yang disediakan, kelebihan menjadi pelajar kolej, kebaikan mengikuti kursus pra-u dan sebagainya. 

        Selepas menikmati makan tengah hari yang ditaja oleh kolej tersebut, rombongan pengawas SMKTA dibawa pula ke Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara. Kelakar juga jadinya apabila bas yang membawa ahli rombongan ini ‘tersesat’ ke Mount Kiara, dan bukannya Bukit Kiara!

        Semasa  di sana, pengawas yang beragama Islam terus menunaikan solat Zuhur di surau Pusat Sains, manakala para pengawas yang lain memulakan ‘ekspedisi mengalami dan menghayati’ segala-galanya tentang sains dan teknologi yang terdapat di situ.

         Antara tempat yang menarik perhatian mereka ialah permainan interaktif tentang keperluan makanan kepada penduduk dunia. Para guru juga ada yang mengambil bahagian. Ada juga peralatan yang dapat menguji tahap kesihatan para pengunjung. Terdapat beberapa orang petugas pusat sains yang begitu dedikasi memberikan penerangan dan melayan pertanyaan para pelajar. Para pengawas begitu seronok dan riang di sini.

        Sebelum berangkat pulang, para pengawas tidak lupa untuk singgah di kedai cenderamata pusat sains itu untuk membeli pen, rantai kunci, beg, dan sebagainya sebagai kenang-kenangan.

Berakhirlah sudah lawatan para pengawas bagi tahun 2009 ini. Selaku pemimpin pelajar, mereka ternyata menunjukkan sifat dan sikap ‘pemimpin’ – berdisiplin sentiasa! Tahniah!  Tahun hadapan ke mana pula ya, Pn Adibah?

 

Gambar-gambar semasa lawatan

Sebelum dengar taklimat, bergaya dulu...

Sebelum dengar taklimat, bergaya dulu...

Apa yang melucukan di belakang tu...?

Lucunya... sampai menoleh ke belakang!

Guru-guru Pengiring tekun mendengar taklimat...

Barisan Guru Pengiring

Miss Dot sedang memberikan taklimat

Miss Dot sedang memberikan taklimat

Soal selidik... Pelajar tekun menjawab borang penilaian

Soal selidik... Pelajar tekun menjawab borang penilaian

Akhirnya... Bergambar ramai-ramai...

Akhirnya... Bergambar ramai-ramai...

Pengawas 'berposing' dahulu sebelum memulakan pengembaraan...

Pengawas 'berposing' dahulu sebelum memulakan pengembaraan...

Wah, khusyuknya dia! Pengawas mendengar penerangan daripada petugas di Pusat Sains.

Wah, khusyuknya dia! Pengawas mendengar penerangan daripada petugas di Pusat Sains.

Eh, lekanya! Tengok apa tu?

Eh, lekanya! Tengok apa tu?

Rama-rama di atas lantai Pusat Sains...

Rama-rama di atas lantai Pusat Sains...

Angkasawan Norafiza... eh, macam pernah kukenal!

Angkasawan 1

Angkasawan 3

Angkasawan 2 ... Dua angkasawan? Eh, macam pernah kukenal!


Responses

  1. gambar angkasawan pn. Toriani xde ke?? hehe..

  2. Gelaran angkasawan tu telah ditarik baliklah, dua shj yang lulus.. he2!

  3. 2 angkasawan yg akan meneruskan misi malaysia yg seterusya……

  4. boleh lulus ke masa ujian pemilihan kali pertama? ops! Malaysia Boleh!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: