Posted by: smkta | May 19, 2009

Sambutan Hari Guru SMKTA Meriah

oleh Toriani Musa

Sepertimana sekolah-sekolah lain di Malaysia, SMKTA turut mengadakan sambutan Hari Guru pada hari ini. Pelajar dan guru sesi petang turut meraikannya bersama-sama dengan pelajar dan guru sesi pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasiin dan tahlil ringkas yang diadakan di dua lokasi iaitu di dewan Srikandi bagi sesi pagi dan surau al-Munawwarah bagi sesi petang.

   Seterusnya, bertempat di padang sekolah, sambutan Hari Guru SMKTA pun bermula. Majlis yang diacarakan oleh Wendy dan Fatehah ini dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Syed Ali Hassani dan diikuti dengan nyanyian lagu Guru Malaysia yang penuh bersemangat oleh semua guru SMKTA. PK KEM, Pn. Hjh Nozli Hanim Mohd Sharif membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran , manakala PK, Pn Hjh Hanita Ghazali pula membacakan perutusan daripada YAB Menteri Pelajaran Malaysia.

     Kemeriahan suasana Hari Guru ini dihangatkan dengan pelbagai acara sukaneka yang melibatkan pendidik dan para pelajar sekolah ini. Antara acara  menarik  yang diadakan ialah mencari barang tersembunyi, melukis banner, menganyam ketupat, mengupas kelapa, Pengantin Nostalgia dan tarik tali. Kedengaran sorakan semangat oleh para pelajar kepada para guru kesayangan mereka. Hari ini juga bakat guru dan pelajar diketengahkan. Pn. Nur Kamariah menyampaikan seloka tentang guru, Pn. Rubiah Hussin menyanyi dan diiringi tarian zapin oleh empat orang pelajar.  Murid ceria, guru gembira.

 

 Peserta Acara Pengantin Nostalgia

Lari..!! Guru mencari barang yang tersembunyi

Lari..!! Guru mencari barang yang tersembunyi

     Cuaca yang redup dan acara yang menarik menyebabkan masa yang berlalu tidak dirasai. Tepat pukul 1.15 tengah hari, selepas tamatnya acara penyampaian hadiah dan nyanyian lagu Negaraku, majlis pun berakhir. Guru-guru dijamu makan tengah hari di dewan makan Siti Khadijah. Jamuan ini sumbangan guru-guru DG44 dan 48 serta penerima APC 2008. Terima kasih daun keladi…

Semoga dengan sambutan Hari Guru ini, semangat para guru SMKTA semakin membara untuk mencurahkan ilmu, keringat dan iltizam demi  merealisasikan tema perayaan iaitu Guru Pembina Negara Bangsa.


Responses

  1. Hem..nice school..sme lh mcm sek0lh sy..gne wordpress gk..spe y edit smua ni? Hem..come lh at my school..smk penghulu saad..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: