Posted by: smkta | May 17, 2009

Al-Fatihah buat Allahyarham Farid

oleh Toriani Musa

Pukul 11.20 pagi ini warga SMKTA berduka.  Kita kehilangan seorang rakan sekerja yang masih muda, bertenaga, kreatif dan memiliki pelbagai nilai positif yang lain. Pernah memimpin kumpulan nasyid sekolah, menjadi pengacara untuk majlis-majlis tertentu, menjadi AJK untuk pelbagai program peringkat sekolah dan daerah… dan pelbagai lagi sumbangan beliau kepada SMKTA. Hari ini, semua itu menjadi catatan atau lipatan sejarah yang tinggal menjadi kenang-kenangan.

Telah berakhirlah kehidupan bagi seorang insan yang bernama Mohd Farid yang disayangi warga SMKTA , khususnya anak didik beliau. Allahyarham Farid menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Batu Pahat kerana demam panas. Ramai warga SMKTA yang berada di HBP untuk menatap wajahnya buat kali yang terakhir. Guru dan staf  lelaki SMKTA bersama-sama bersembahyang jenazah di bilik mayat SMKTA. Kemudian, warga SMKTA yang hadir sama-sama pula mengiringi jenazah ke tanah perkuburan di Banang Jaya. 

Belasungkawa buat keluarga Allahyarham.                                                                                                                                                Marilah kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Amiin.


Responses

  1. Moga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah.

    Selamat menghadapi peperiksaan semua. Semoga cemerlang dunia & Akhirat.

    Salam dari Alexandaria Egypt.

    Mohamad Fairuz Tamjis.
    Bekas guru ganti SMKTA (petang)

  2. Bagi pihak keluarga Mohd. Farid, K.Ita mengucapkan terima kasih atas ingatan Ust. Mohamad Fairuz terhadap beliau. kalau lama lagi di Egypt boleh lah aturkan lawatan staf sta ke sana ye. Jawatan guru KKQ di sta pun masih kosong. salam untuk keluarga di sana.

  3. Saya ingin mengucapkan “Selamat Maju Jaya” dan “Salam Perpisahan” untuk Pengetua Pn. Rohana Esmail, yang akan ke Pasir Gudang, Johor. Segala teguran dan kritikan puan amat dihargai dan akan menjadi inspirasi untuk saya meningkatkan lagi keceriaan, kebersihan dan kualiti makanan di kantin. Semoga Allah sentiasa memelihara dan memberkati segala usaha puan di mana jua puan ditempatkan. Amin.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: