Posted by: smkta | August 6, 2009

LAWATAN PELAJAR TINGKATAN 2 KE TANJUNG PIAI PONTIAN

 
Arca di depan pintu masuk Taman Negara Tanjung Piai

Arca di depan pintu masuk Taman Negara Tanjung Piai

Kata alu-aluan di pintu masuk Taman Negara Tanjung Piai

Kata alu-aluan di pintu masuk Taman Negara Tanjung Piai

     oleh Nurhaliza Abdullah    

       Pada 25 hb Julai 2009 (Sabtu), tepat jam 7.00 pagi dua buah bas telah membawa seramai 84 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring yang diketuai oleh  Pn.Siti Rosidah Melan bersama Pn.Norhaliza Ali, Pn. Nurhaliza Abdullah dan Cik Nor Minaton Bundawan telah bertolak menuju ke Taman Negara Tanjung Piai Johor yang terletak dalam mukim Serkat dalam daerah Pontian. Para pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 2 RKA dan 12 orang pelajar dari sesi petang. Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk pengumpulan maklumat bagi memenuhi keperluan kerja kursus subjek Geografi Kajian Tempatan.  Perjalanan telah mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Sepanjang perjalanan, kami telah disajikan dengan panorama yang menyegarkan dengan pemandangan kampung-kampung dan ladang-ladang kelapa sawit yang menghijau.

Antara anak kera yang sentiasa bersedia untuk bergambar
OOOO….dating yeee..biasa tu.!!

  Lebih kurang jam 9.30 pagi kami tiba di destinasi yang dituju dengan di sambut oleh beberapa ekor kera yang bergayutan didahan pokok.Mungkin kera-kera tersebut pelik melihat gelagat para pelajar yang terlalu teruja untuk menjelajah dan menimba pengetahuan tentang Tanjung Piai dengan lebih mendalam lagi. Setibanya kami di situ, para pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang mengandungi 20 orang setiap kumpulan bagi memudahkan perjalanan agar tidak terlalu padat. Kami telah di beri taklimat dengan jelas dan lengkap oleh Ketua Pengurusan Bahagian Pelancongan iaitu Pn.Puteri Janiaton Bt Jani dengan menggunakan slaid powerpoint. Beliau telah menerangkan kepentingan hutan paya bakau serta masalah yang dihadapi jika kita tidak menjaga hutan-hutan ini dengan baik. Para pelajar telah memberikan kerjasama yang amat baik termasuk bertanyakan soalan-soalan berkaitan yang hampir membuatkan Pn.Puteri tidak dapat menjawabnya.

        Selesai taklimat  setiap kumpulan dibahagikan kepada seorang guru untuk mengiringi dan mengawasi pergerakan pelajar. 2 kumpulan menuju ke penghujung tanjung manakala 2 kumpulan lagi melalui laluan pejalan kaki melintasi kawasan hutan paya bakau.Disini terdapat banyak flora dan fauna yang kita boleh lihat antaranya kera, lotong cikung, siput belitung(siput sedut), ketam rebab dan lain-lain lagi. Terdapat juga disediakan menara kunang-kunang (menara pemerhati) setinggi 3 tingkat yang digunakan untuk melihat kunang-kunang (kelip-kelip) pada waktu malam. Segelintir pelajar juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kera-kera disekitar kawasan sebagai kenangan.Di Tanjung Piai ini juga terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh pihak Taman Negara seperti “jungle tracking, muddy trail“,laluan berhalangan…pendek kata macam-macam ada……dan amat sesuai jika ingin melakukan aktiviti perkhemahan.

Menara Kunang-kunang
Menara Kunang-kunang

         Kegembiraan jelas terpancar dimuka para pelajar apabila setelah berjalan beberapa minit terdengar deruan ombak laut memecah pantai. Walaupun tidak dapat menjejakkan kaki di atas pasir pantai kerana kawasan pantai hanya dipenuhi oleh lumpur, dengan adanya jeti yang menganjur ke laut sejauh 350 meter sudah cukup membuatkan perasaan kita amat teruja terutama apabila kelihatan deretan kapal-kapal kontena yang jaraknya tidak sampai 10 minit jika menaiki bot. Suasana agak panas ketika itu namun tidak membantutkan hasrat para pelajar untuk mengambil gambar. Sememangnya pemandangan disitu amat menakjubkan.     

Antara kemudahan aktiviti yang disediakan di sini.
Antara kemudahan aktiviti yang disediakan di sini.

 

                 Selepas berehat beberapa minit  dan mengambil gambar di atas jeti, kami meneruskan perjalanan ke arah pelantar yang menandakan penghujung Asia. Untuk sampai ke destinasi yang dituju tidaklah susah kerana laluan pejalan kaki yang amat selesa telah disediakan untuk kemudahan para pelawat cuma para pengunjung diingatkan tidak sekali-kali turun dari laluan pejalan kaki tanpa diiringi oleh pegawai yang bertugas kerana untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan seperti dipatuk ular atau diserang babi hutan.      Tempoh masa perjalanan dari jeti ke pelantar penghujung Asia memakan masa lebih kurang 7 minit berjalan kaki, namun ia tidak mematahkan semangat para pelajar untuk melihat sendiri bagaimana rupanya yang dikatakan penghujung Asia. 

                Kali pertama menjejakkan kaki di pelantar penghujung Asia memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kami menikmati pemandangan di atas pelantar penghujung Asia hampir setengah jam sambil bergambar dan melihat pemandangan sekeliling di mana kelihatan di tengah laut deretan kapal-kapal kontena negara asing sedang berlabuh. Cuaca agak panas terik. Untuk pengetahuan pembaca kawasan hutan bakau di Taman Negara Tanjung Piai ini adalah satu kawasan hutan simpan yang dijaga demi kepentingan bersama.  Di sini juga terletaknya penhujung tanjung bagi benua Asia. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia patut rasa bangga kerana tanjung ini berada di dalam negara kita, maka wujudlah Semenanjung Malaysia. 

Posing dulu baru jelajah
Posing dulu baru jelajah

                Kami mula beredar semula menuju ke bas masing-masing apabila perut mula berkeroncong meminta makanan.  Kami bergerak menuju ke satu kawasan berhampiran masjid kerana di situlah tempat kami berehat untuk makan dan menunaikan solat.   Dalam perjalanan pulang, kami singgah di beberapa tempat seperti Muzium Bugis ,hentian tepi laut di Pontian dan Taman Rekreasi.  Kami tiba di SMK Tun Aminah  pada jam 6.30 petang . Badan keletihan namun pengalaman berada di Penghujung Tanjung Benua Asia adalah satu pengalaman yang tidak mudah dilupakan. Tidak perlu berbelanja tinggi untuk bercuti ke luar negara kerana di tempat sendiri banyak lagi tempat-tempat menarik yang kita boleh lawati..Berbaloi-baloi.

 
Jeti sepanjang 350m menganjur ke laut.

Jeti sepanjang 350m menganjur ke laut.

Pn.Puteri sedang memberi taklimat
Pn.Puteri sedang memberi taklimat

 

Tahniah, anda telah berjaya sampai ke penghujung.

Tahniah, anda telah berjaya sampai ke penghujung.

       

para pelajar khusyuk mendengar penerangan daripada Pn.Puteri

para pelajar khusyuk mendengar penerangan daripada Pn.Puteri

Pemandangan dari tingkat 3 menara kunang-kunang.

Pemandangan dari tingkat 3 menara kunang-kunang.

Barisss...baris..sedia!!kenapa tak lurus lagi???
Barisss…baris..sedia!!kenapa tak lurus lagi?

 

Arca glob di tengah-tengah pelantar penghujung tanjung banua Asia

Arca glob di tengah-tengah pelantar penghujung tanjung banua Asia

cewahh...penulis pun ada hati nak masuk blog.

cewahh...penulis pun ada hati nak masuk blog.Aikk..mengantukk..letih la tu..

Posted by: smkta | July 4, 2009

Motivasi Bersama Amar

oleh Toriani Musa

Bersempena dengan Program Nadwah untuk pelajar tingkatan 3 dan 5, pihak sekolah telah menjemput seorang motivator yang semakin meningkat namanya iaitu saudara Amar. Program Motivasi Bersama Amar yang diadakan pada hari ini (4 Julai 2009) bertempat di Dewan Serikandi SMKTA ini turut melibatkan pelajar Islam tingkatan 4 yang tinggal di asrama. Amar atau nama sebenarnya Arif Muazzim Abdul Rahman ini juga sebenarnya seorang penyanyi nasyid yang terkenal dan kini dikenali pula sebagai ahli silap mata.

Saudara Amar sebelum memulakan ceramah

Saudara Amar sebelum memulakan ceramah

      Sebelum memulakan ceramah motivasinya, beliau mempersembahkan kebolehannya bermain silap mata ‘menelan belon’ kerana kata beliau, beliau lapar. Memanglah silap mata pelajar kalau mereka mempercayai bahawa belon itu telah memasuki kerongkong beliau.. tetapi, itulah silap mata Saudara Amar. Beliau kemudiannya menyampaikan sebuah lagu yang mesejnya tentang remaja yang terjebak dalam gejala sosial .

     Seterusnya, beliau meyampaikan ceramahnya berkenaan ciri-ciri orang yang cemerlang. Terdapat 16 petua ke arah kecemerlangan yang disarankan oleh beliau. Penyampaian ceramah beliau agak menarik  kerana  diselangi dengan nyanyian dan silap mata. Beliau juga pandai berjenaka dan mengusik para pelajar.

     Ceramah saudara Amar diakhiri dengan nyanyian lagu beliau yang bertajuk Nurul Iman. Semoga bertemu  lagi!

Ustaz Amar sedang berceramah

Ustaz Amar bermain silap mata sebelum berceramah

Dengar ceramah tu dik oi... !

Dengar ceramah tu dik oi... !

Eh, STA ada pelajar lelaki? Anak2 guru dan staf STA turut mendengar ceramah

Eh, STA ada pelajar lelaki? Anak2 guru dan staf STA turut mendengar ceramah

oleh Toriani Musa

Tepat pukul 4.40 pagi Rabu (1 Julai) yang lalu, dua buah bas yang membawa para pengawas SMKTA dan 7 orang guru disiplin meninggalkan bumi SMKTA ,membelah kedinginan pagi, menuju destinasi; Subang Jaya dan Kuala Lumpur. Lawatan Sambil Belajar ini disertai oleh 80 orang pengawas  tingkatan 2 hingga 5 bagi sesi pagi . Guru yang dipertanggungjawabkan untuk merngiringi para pemimpin pelajar ini pula ialah Puan Adibah (Ketua bas 1) , Pn Norafiza (Ketua bas 2), En. Abid, Pn Hjh Asmah, Pn Toriani, Pn Siti Aslina dan Pn Nurhaliza.   Pada pukul 6.30 pagi, para peserta berhenti di R&R Ayer Keroh untuk berhenti solat Subuh dan bersarapan pula di R&R Seremban.

     Destinasi pertama ialah Kolej Sunway di Subang Jaya. Para pengawas disambut oleh beberapa oran petugas bahagian pemasaran kolej berkenaan. Miss Dot pula memberikan taklimat (dalam bahasa Inggeris) tentang kolej berkenaan menerusi persembahan power pointnya yang sungguh menarik. Para pengawas nyata gembira dan teruja ketika menjawab soalan2 kuiz interaktif yang dikemukakan oleh beliau.  Seterusnya mereka dibawa melawat ke makmal sains, bilik kuliah, galeri seni dan kawasan sekitar kolej tersebut. Suasana mencintai ilmu jelas dapat dilihat  apabila berada di sana. Ke mana-mana dan di mana-mana kelihatan penuntut kolej berkenaan menelaah pelajaran, berbincang, dan melayari internet.

        “Macam berada di luar negara, cikgu,” kata salah seorang pengawas, Farah Hanan apabila ditanya pendapatnya tentang kolej tersebut. 

        Sememangnya kunjungan ke Kolej Sunway memanfaatkan para pengawas terutamanya dari segi maklumat tentang kemasukan ke kolej berkenaan, kemudahan2 yang disediakan, kelebihan menjadi pelajar kolej, kebaikan mengikuti kursus pra-u dan sebagainya. 

        Selepas menikmati makan tengah hari yang ditaja oleh kolej tersebut, rombongan pengawas SMKTA dibawa pula ke Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara. Kelakar juga jadinya apabila bas yang membawa ahli rombongan ini ‘tersesat’ ke Mount Kiara, dan bukannya Bukit Kiara!

        Semasa  di sana, pengawas yang beragama Islam terus menunaikan solat Zuhur di surau Pusat Sains, manakala para pengawas yang lain memulakan ‘ekspedisi mengalami dan menghayati’ segala-galanya tentang sains dan teknologi yang terdapat di situ.

         Antara tempat yang menarik perhatian mereka ialah permainan interaktif tentang keperluan makanan kepada penduduk dunia. Para guru juga ada yang mengambil bahagian. Ada juga peralatan yang dapat menguji tahap kesihatan para pengunjung. Terdapat beberapa orang petugas pusat sains yang begitu dedikasi memberikan penerangan dan melayan pertanyaan para pelajar. Para pengawas begitu seronok dan riang di sini.

        Sebelum berangkat pulang, para pengawas tidak lupa untuk singgah di kedai cenderamata pusat sains itu untuk membeli pen, rantai kunci, beg, dan sebagainya sebagai kenang-kenangan.

Berakhirlah sudah lawatan para pengawas bagi tahun 2009 ini. Selaku pemimpin pelajar, mereka ternyata menunjukkan sifat dan sikap ‘pemimpin’ – berdisiplin sentiasa! Tahniah!  Tahun hadapan ke mana pula ya, Pn Adibah?

 

Gambar-gambar semasa lawatan

Sebelum dengar taklimat, bergaya dulu...

Sebelum dengar taklimat, bergaya dulu...

Apa yang melucukan di belakang tu...?

Lucunya... sampai menoleh ke belakang!

Guru-guru Pengiring tekun mendengar taklimat...

Barisan Guru Pengiring

Miss Dot sedang memberikan taklimat

Miss Dot sedang memberikan taklimat

Soal selidik... Pelajar tekun menjawab borang penilaian

Soal selidik... Pelajar tekun menjawab borang penilaian

Akhirnya... Bergambar ramai-ramai...

Akhirnya... Bergambar ramai-ramai...

Pengawas 'berposing' dahulu sebelum memulakan pengembaraan...

Pengawas 'berposing' dahulu sebelum memulakan pengembaraan...

Wah, khusyuknya dia! Pengawas mendengar penerangan daripada petugas di Pusat Sains.

Wah, khusyuknya dia! Pengawas mendengar penerangan daripada petugas di Pusat Sains.

Eh, lekanya! Tengok apa tu?

Eh, lekanya! Tengok apa tu?

Rama-rama di atas lantai Pusat Sains...

Rama-rama di atas lantai Pusat Sains...

Angkasawan Norafiza... eh, macam pernah kukenal!

Angkasawan 1

Angkasawan 3

Angkasawan 2 ... Dua angkasawan? Eh, macam pernah kukenal!

Posted by: smkta | June 20, 2009

Hari Pro ke-4

oleh GPB

Hari profesionalisme ke 4 telah diadakan seperti biasa di Perpustakaan Jauhari SMK Tun Aminah. Kali ini Ketua Penolong Pengarah SPRM Batu Pahat iaitu Encik Kamaruddin M.Ripin telah dijemput untuk memberi ceramah yang bertajuk Integriti Dalam Pendidikan (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Pelbagai maklumat, pengetahuan dan berita dapat dikongsi bersama dalam sesi ceramah ini. Semua kakitangan sekolah menghadiri hari profesionalisme kali ini. Sesi ceramah kedua pula disampaikan oleh Puann Pengetua SMK Tun Aminah yang bertajuk Integriti Di Kalangan Warga Sekolah. Bertepatan dengan tajuk yang disampaikan, warga pendidik khasnya dan semua kakitangan amnya, dapat memahami apa itu intipati daripada tajuk ceramah yang disampaikan oleh puan pengetua itu.

Posted by: smkta | May 28, 2009

‘Pot Luck’ Penjana Kejelekitan Organisasi

oleh Toriani Musa

‘Pot luck’?  Periuk atau belanga bernasib baik? Oh, bukan…! Makanlah apa-apa yang ada. Itulah maksud sebenar istilah itu dari segi literal atau harfiah (tersurat). Namun, di SMKTA, makna ‘pot luck’ begitu mendalam dan bermakna bukan sahaja dari segi yang tersurat malahan yang tersirat. Dengan mengadakan ‘pot luck’ , semangat kerja berpasukan dapat dijana. Dengan kata-kata yang lain, budaya ‘pot luck’ diyakini sebagai salah satu kaedah ke arah mewujudkan suasana jelekit antara warga pendidik dan staf sokongan.

Oleh yang demikian, pada hari ini, sekali lagi bilik guru SMKTA menjadi saksi  bahawa ‘pot luck’ berjaya mewujudkan suasana mesra, ceria, dan bahu-membahu  dalam kalangan warga pendidik. Hilanglah seketika ‘keletihan’ mata menatap skrip jawapan anak didik kami… Mata kini beralih pula ke arah pelbagai juadah yang dibawa sendiri (dimasak sendiri, dibeli  atau ditempah) oleh para guru… Benar -benar membuka selera! Puan Amani dengan masakan dan peralatan Jepunnya; Encik Azlan dengan puding istimewanya; Tn Hj Aziz dengan satu set hidangan nasi himpit; Pn Nurhaliza membawa dadih (hingga terlupa membawa tauge untuk soto Pn Adibah dan geng) dan bermacam-macam lagi. Semua ada.. Minuman, buah-buahan, kuih-muih, dan sebagainya. Sambil menikmati juadah, para guru dan staf saling bertegur sapa, bercerita disulami gelak ketawa lantaran ada usikan mesra sesama kita. Guru sesi petang juga turut mengadakan ‘pot luck’ dengan hidangan nasi putih dan pelbagai lauk serta ulam-ulaman.

Demikianlah kisah ‘pot luck’ di SMKTA.   GEMILANG SMKTA!!!

Posted by: smkta | May 19, 2009

Sambutan Hari Guru SMKTA Meriah

oleh Toriani Musa

Sepertimana sekolah-sekolah lain di Malaysia, SMKTA turut mengadakan sambutan Hari Guru pada hari ini. Pelajar dan guru sesi petang turut meraikannya bersama-sama dengan pelajar dan guru sesi pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasiin dan tahlil ringkas yang diadakan di dua lokasi iaitu di dewan Srikandi bagi sesi pagi dan surau al-Munawwarah bagi sesi petang.

   Seterusnya, bertempat di padang sekolah, sambutan Hari Guru SMKTA pun bermula. Majlis yang diacarakan oleh Wendy dan Fatehah ini dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Syed Ali Hassani dan diikuti dengan nyanyian lagu Guru Malaysia yang penuh bersemangat oleh semua guru SMKTA. PK KEM, Pn. Hjh Nozli Hanim Mohd Sharif membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran , manakala PK, Pn Hjh Hanita Ghazali pula membacakan perutusan daripada YAB Menteri Pelajaran Malaysia.

     Kemeriahan suasana Hari Guru ini dihangatkan dengan pelbagai acara sukaneka yang melibatkan pendidik dan para pelajar sekolah ini. Antara acara  menarik  yang diadakan ialah mencari barang tersembunyi, melukis banner, menganyam ketupat, mengupas kelapa, Pengantin Nostalgia dan tarik tali. Kedengaran sorakan semangat oleh para pelajar kepada para guru kesayangan mereka. Hari ini juga bakat guru dan pelajar diketengahkan. Pn. Nur Kamariah menyampaikan seloka tentang guru, Pn. Rubiah Hussin menyanyi dan diiringi tarian zapin oleh empat orang pelajar.  Murid ceria, guru gembira.

 

 Peserta Acara Pengantin Nostalgia

Lari..!! Guru mencari barang yang tersembunyi

Lari..!! Guru mencari barang yang tersembunyi

     Cuaca yang redup dan acara yang menarik menyebabkan masa yang berlalu tidak dirasai. Tepat pukul 1.15 tengah hari, selepas tamatnya acara penyampaian hadiah dan nyanyian lagu Negaraku, majlis pun berakhir. Guru-guru dijamu makan tengah hari di dewan makan Siti Khadijah. Jamuan ini sumbangan guru-guru DG44 dan 48 serta penerima APC 2008. Terima kasih daun keladi…

Semoga dengan sambutan Hari Guru ini, semangat para guru SMKTA semakin membara untuk mencurahkan ilmu, keringat dan iltizam demi  merealisasikan tema perayaan iaitu Guru Pembina Negara Bangsa.

Posted by: smkta | May 17, 2009

Al-Fatihah buat Allahyarham Farid

oleh Toriani Musa

Pukul 11.20 pagi ini warga SMKTA berduka.  Kita kehilangan seorang rakan sekerja yang masih muda, bertenaga, kreatif dan memiliki pelbagai nilai positif yang lain. Pernah memimpin kumpulan nasyid sekolah, menjadi pengacara untuk majlis-majlis tertentu, menjadi AJK untuk pelbagai program peringkat sekolah dan daerah… dan pelbagai lagi sumbangan beliau kepada SMKTA. Hari ini, semua itu menjadi catatan atau lipatan sejarah yang tinggal menjadi kenang-kenangan.

Telah berakhirlah kehidupan bagi seorang insan yang bernama Mohd Farid yang disayangi warga SMKTA , khususnya anak didik beliau. Allahyarham Farid menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Batu Pahat kerana demam panas. Ramai warga SMKTA yang berada di HBP untuk menatap wajahnya buat kali yang terakhir. Guru dan staf  lelaki SMKTA bersama-sama bersembahyang jenazah di bilik mayat SMKTA. Kemudian, warga SMKTA yang hadir sama-sama pula mengiringi jenazah ke tanah perkuburan di Banang Jaya. 

Belasungkawa buat keluarga Allahyarham.                                                                                                                                                Marilah kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Amiin.

Posted by: smkta | May 16, 2009

Hari Pro Ke-3 Ceria…

Cikgu Ani

Ceria dan mesra…

Itulah yang dapat dilihat semasa Hari Profesionalisme ke-3 bagi warga pendidik SMKTA hari ini. Kursus yang bertempat di Perpustakaan Jauhari ini bermula dengan nyanyian lagu Guru Malaysia oleh semua guru dengan penuh bersemangat. Majlis diteruskan dengan penerangan tentang surat siaran dan pekeliling KPM oleh Penolong Kanan, Pn Hjh Hanita Ghazali. Guru-guru memberikan respon yang amat baik.

Pada pukul 10.30 pagi, Pengetua SMK Dato’Syed Esa, Tn Hj Fauzan Sukimi pula mengisi slot kedua dengan ceramahnya tentang Peningkatan Profesionalisme  dengan pengkhususan Teknik Pembelajaran Masteri. Oleh sebab beliau berpengalaman luas sebagai pendidik dan pentadbir, kupasan isi ceramah beliau begitu menarik. Suasana menjadi gamat apabila beliau menghadiahkan  2 bungkus kek ‘Apollo’ kepada setiap guru yang berjaya menjawab soalan beliau dengan tepat. Antaranya Cikgu Aidi, Pn. Animah, Tn Hj Sabda dan lain-lain.

Suasana mesra dan ceria dalam kalangan guru berterusan semasa jamuan makan tengah hari yang disumbangkan oleh pihak sekolah.

Hidangan nasi beriani ayam memang lazat,

kek sumbangan Encik Izaddin pula memikat,

cabutan nama bertuah kendalian Pn. Norafizah memang gamat,

yang letih, hilang penat.

Demikianlah gambaran suasana Hari Pro kami…

Semoga ukhuwah yang terjalin, dapat menjadikan organisasi kita (SMKTA) terus mantap dan gemilang di persada daerah, negeri dan negara.

Posted by: smkta | May 12, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun Bermula

                                               Cikgu Ani,SMKTA

TEKUN... Beginilah keadaan pelajar di salah sebuah kelas yang menduduki peperiksaan

Peperiksaan Setengah Tahun 2009 bagi pelajar tingkatan 5 telah bermula pada 11 Mei  yang lalu. Bagaimanapun, pada hari pertama dan kedua, hanya kelas-kelas aliran sains tulen dan sains tulen (agama) yang menduduki peperiksaan pada hari berkenaan. Kelas2 lain akan mula menduduki peperiksaan pada hari Rabu (esok).

Bagi tingkatan 4, peperiksaan bermula pada  14 Mei, tingkatan 1 dan 2 pada 20 Mei dan tingkatan 3 pula pada 21 Mei. Peperiksaan akan berakhir pada hari Jumaat, 29 Mei 2009.

Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan tenang, dan menghasilkan jawapan yang terbaik. Elakkan sebarang penyelewengan. Yakin Boleh!

Posted by: smkta | April 23, 2009

Laman Utama

sta21

Portal Rasmi SMK Tun Aminah, Batu Pahat, Johor.

« Newer Posts

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.