Posted by: smkta | August 6, 2009

LAWATAN PELAJAR TINGKATAN 2 KE TANJUNG PIAI PONTIAN

 
Arca di depan pintu masuk Taman Negara Tanjung Piai

Arca di depan pintu masuk Taman Negara Tanjung Piai

Kata alu-aluan di pintu masuk Taman Negara Tanjung Piai

Kata alu-aluan di pintu masuk Taman Negara Tanjung Piai

     oleh Nurhaliza Abdullah    

       Pada 25 hb Julai 2009 (Sabtu), tepat jam 7.00 pagi dua buah bas telah membawa seramai 84 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring yang diketuai oleh  Pn.Siti Rosidah Melan bersama Pn.Norhaliza Ali, Pn. Nurhaliza Abdullah dan Cik Nor Minaton Bundawan telah bertolak menuju ke Taman Negara Tanjung Piai Johor yang terletak dalam mukim Serkat dalam daerah Pontian. Para pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 2 RKA dan 12 orang pelajar dari sesi petang. Lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk pengumpulan maklumat bagi memenuhi keperluan kerja kursus subjek Geografi Kajian Tempatan.  Perjalanan telah mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Sepanjang perjalanan, kami telah disajikan dengan panorama yang menyegarkan dengan pemandangan kampung-kampung dan ladang-ladang kelapa sawit yang menghijau.

Antara anak kera yang sentiasa bersedia untuk bergambar
OOOO….dating yeee..biasa tu.!!

  Lebih kurang jam 9.30 pagi kami tiba di destinasi yang dituju dengan di sambut oleh beberapa ekor kera yang bergayutan didahan pokok.Mungkin kera-kera tersebut pelik melihat gelagat para pelajar yang terlalu teruja untuk menjelajah dan menimba pengetahuan tentang Tanjung Piai dengan lebih mendalam lagi. Setibanya kami di situ, para pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang mengandungi 20 orang setiap kumpulan bagi memudahkan perjalanan agar tidak terlalu padat. Kami telah di beri taklimat dengan jelas dan lengkap oleh Ketua Pengurusan Bahagian Pelancongan iaitu Pn.Puteri Janiaton Bt Jani dengan menggunakan slaid powerpoint. Beliau telah menerangkan kepentingan hutan paya bakau serta masalah yang dihadapi jika kita tidak menjaga hutan-hutan ini dengan baik. Para pelajar telah memberikan kerjasama yang amat baik termasuk bertanyakan soalan-soalan berkaitan yang hampir membuatkan Pn.Puteri tidak dapat menjawabnya.

        Selesai taklimat  setiap kumpulan dibahagikan kepada seorang guru untuk mengiringi dan mengawasi pergerakan pelajar. 2 kumpulan menuju ke penghujung tanjung manakala 2 kumpulan lagi melalui laluan pejalan kaki melintasi kawasan hutan paya bakau.Disini terdapat banyak flora dan fauna yang kita boleh lihat antaranya kera, lotong cikung, siput belitung(siput sedut), ketam rebab dan lain-lain lagi. Terdapat juga disediakan menara kunang-kunang (menara pemerhati) setinggi 3 tingkat yang digunakan untuk melihat kunang-kunang (kelip-kelip) pada waktu malam. Segelintir pelajar juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kera-kera disekitar kawasan sebagai kenangan.Di Tanjung Piai ini juga terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh pihak Taman Negara seperti “jungle tracking, muddy trail“,laluan berhalangan…pendek kata macam-macam ada……dan amat sesuai jika ingin melakukan aktiviti perkhemahan.

Menara Kunang-kunang
Menara Kunang-kunang

         Kegembiraan jelas terpancar dimuka para pelajar apabila setelah berjalan beberapa minit terdengar deruan ombak laut memecah pantai. Walaupun tidak dapat menjejakkan kaki di atas pasir pantai kerana kawasan pantai hanya dipenuhi oleh lumpur, dengan adanya jeti yang menganjur ke laut sejauh 350 meter sudah cukup membuatkan perasaan kita amat teruja terutama apabila kelihatan deretan kapal-kapal kontena yang jaraknya tidak sampai 10 minit jika menaiki bot. Suasana agak panas ketika itu namun tidak membantutkan hasrat para pelajar untuk mengambil gambar. Sememangnya pemandangan disitu amat menakjubkan.     

Antara kemudahan aktiviti yang disediakan di sini.
Antara kemudahan aktiviti yang disediakan di sini.

 

                 Selepas berehat beberapa minit  dan mengambil gambar di atas jeti, kami meneruskan perjalanan ke arah pelantar yang menandakan penghujung Asia. Untuk sampai ke destinasi yang dituju tidaklah susah kerana laluan pejalan kaki yang amat selesa telah disediakan untuk kemudahan para pelawat cuma para pengunjung diingatkan tidak sekali-kali turun dari laluan pejalan kaki tanpa diiringi oleh pegawai yang bertugas kerana untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan seperti dipatuk ular atau diserang babi hutan.      Tempoh masa perjalanan dari jeti ke pelantar penghujung Asia memakan masa lebih kurang 7 minit berjalan kaki, namun ia tidak mematahkan semangat para pelajar untuk melihat sendiri bagaimana rupanya yang dikatakan penghujung Asia. 

                Kali pertama menjejakkan kaki di pelantar penghujung Asia memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kami menikmati pemandangan di atas pelantar penghujung Asia hampir setengah jam sambil bergambar dan melihat pemandangan sekeliling di mana kelihatan di tengah laut deretan kapal-kapal kontena negara asing sedang berlabuh. Cuaca agak panas terik. Untuk pengetahuan pembaca kawasan hutan bakau di Taman Negara Tanjung Piai ini adalah satu kawasan hutan simpan yang dijaga demi kepentingan bersama.  Di sini juga terletaknya penhujung tanjung bagi benua Asia. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia patut rasa bangga kerana tanjung ini berada di dalam negara kita, maka wujudlah Semenanjung Malaysia. 

Posing dulu baru jelajah
Posing dulu baru jelajah

                Kami mula beredar semula menuju ke bas masing-masing apabila perut mula berkeroncong meminta makanan.  Kami bergerak menuju ke satu kawasan berhampiran masjid kerana di situlah tempat kami berehat untuk makan dan menunaikan solat.   Dalam perjalanan pulang, kami singgah di beberapa tempat seperti Muzium Bugis ,hentian tepi laut di Pontian dan Taman Rekreasi.  Kami tiba di SMK Tun Aminah  pada jam 6.30 petang . Badan keletihan namun pengalaman berada di Penghujung Tanjung Benua Asia adalah satu pengalaman yang tidak mudah dilupakan. Tidak perlu berbelanja tinggi untuk bercuti ke luar negara kerana di tempat sendiri banyak lagi tempat-tempat menarik yang kita boleh lawati..Berbaloi-baloi.

 
Jeti sepanjang 350m menganjur ke laut.

Jeti sepanjang 350m menganjur ke laut.

Pn.Puteri sedang memberi taklimat
Pn.Puteri sedang memberi taklimat

 

Tahniah, anda telah berjaya sampai ke penghujung.

Tahniah, anda telah berjaya sampai ke penghujung.

       

para pelajar khusyuk mendengar penerangan daripada Pn.Puteri

para pelajar khusyuk mendengar penerangan daripada Pn.Puteri

Pemandangan dari tingkat 3 menara kunang-kunang.

Pemandangan dari tingkat 3 menara kunang-kunang.

Barisss...baris..sedia!!kenapa tak lurus lagi???
Barisss…baris..sedia!!kenapa tak lurus lagi?

 

Arca glob di tengah-tengah pelantar penghujung tanjung banua Asia

Arca glob di tengah-tengah pelantar penghujung tanjung banua Asia

cewahh...penulis pun ada hati nak masuk blog.

cewahh...penulis pun ada hati nak masuk blog.Aikk..mengantukk..letih la tu..

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: